Click here for Myspace Layouts

Saturday, 26 January 2013

MiliTary aCtion..

   Assalamualaikum wtb.... hye semua pembaca,harap hari di hujung minggu ni adalah hari yang ceria bersama teman dan keluarga.. Editor memang sihat belaka tapi itu lah x banyak masa nak luangkan ber-blogging,ade je keje nak kene siapkan, dah nak dekat final sem nie, so kene keraskan usaha sikit. heheh^^..

  Hari ini mungkin anda jejaka di luar sana yang mungkin akan pergi berseronok bersama teman dan kawan2 yang lama x jumpa tu apa kata anda try gaya ala2 askar or MILITARY... yes, gaya macam ini mungkin anda jarang menyarungkan baju atau jaket yang lebih tampak kasar dan lasak seperti seorang askar yang bertubuh sasa. Sebenarnya jangan risau akan gaya sebegini, bagi yang 1st time ini mungkin gaya anda yang fresh dan tampak bertenaga. Baju askar pelbagai corak, fabrik, pattern dan boleh di jadikan seperti trench coat, dan untuk pengetahuan anda semua trench coat juga adalah asalnya dari army style, biase komander dan berpangkat tinggi sahaja yang pakai trench coat..


  Untuk menggayakan gaya askar ini anda di nasihatkan untuk tidak sarat dengan corak,takut2 jalan2 dalam pavi kene tangkap plak.. haha... okay, gaya anda boleh dari "head to toe", i mean dengan topi military, rantai code name tu, jaket, pants, and boot.. Untuk seluar anda di galakkan menggunakan seluar chinos dan jeans berwarna tanah atau hijau tua. Kalau nak mencuba, try pakai singlet or apa2 baju dalam yang diata gambar dan pakai seluar jean sahaja, and just sarungkan jaket military anda dan pakai kasut yang lebih praktikal,"jgn pakai selipar"..




Rasanya ini sajalah topik kita kali ini, dont shy to try a new style, berani adalah tunggak ketampanan kita semua sebagai lelaki... try apa sahaja tapi jgn sampai mensyirikkan yang maha Esa...

Assalamualaikum wbt.. byee... jumpa entry yang lain pulak.. hehehe^^


Saturday, 5 January 2013

SKirt DamaGe perSonAlity

   Assalamualaikum wbt...... hai semua readers yang cantik, yang sihat yang tampan lagi segak bergaya, haha... okay Hari ini hujung minggu so tadi editor ade tonton satu rancangan di tv, rancangan berkenaan fesyen juga, gaya hidup dan kosmetik. Waktu pemilihan pakaian pengantin, lelaki nie kene pakai kot mostly la kene pakai kot kalau dah kene jadi pengantin, tetapi editor tak boleh menerima apabila lelaki ini juga menyarungkan SKIRT, ulang sekali lagi SKIRT, What the hell!! yes,ediotor rase nak muntah bila lelaki mengenekan skirt, bukan ape, cume di mane ke aslian atau kejantanan lelaki ketika memakai skirt?Ape negare ni xde seluar?

  Di negara barat yang mempunyai pengaruh fesyen yang kuat seperti Milan, Paris, New York, Japan dan Korea juga telah ada lelaki yang memakai skirt untuk di bawa bersiar2, Editor bukan merasa pelik atau jakun tetapi trend nie dah kembali ke zaman lampau, kita berfesyen mengikut peredaran semase yang ke HADAPAN bukan KEBELAKANG(mengundur).

Perasan atau tidak ketika lelaki menyarungkan seluar, tak kisah la seluar ape p0n, seluar harem ke, track suit, slack or short pant skali pun gaya memakai seluar di kalangan lelaki nampak kemas, saltorial yang bebas ke mana pun dan paling penting ia melambangkan KELELAKIAN, kalau anda pernah melihat lelaki memakai skirt seolah-olah menampakkan sifat feminin dan KEPEREMPUANAN, memang tak di nafikan ia selesa senang masuk angin dan sebagainya, TETAPI di mana imej lelaki yang di lahirkan sempurna sebagai seorang lelaki?



see, boleh nampak x, yang diorang nie macam pasangan kekasih? sorang lelaki dan seorang lagi perempuan, tapi hakikatnye due2 lelaki.






oohhh boys, ingat lah para lelaki dan jejaka di luar sana jangan hilangkan kekacakan dan ketampanan anda dengan memakai skirt sebegini,ini akan merosakkan dan cacatkan imej dan penglihatan gadis yang ingin memikat anda di luar sana. Editor bukan nak memalukan dan condemned sesiape but ini lah realitinye, kita berfesyen ikut peredaran masa yang ke HADAPAN dan ikut BUDAYA.

Okay ini adalah satu isu semasa yang rasenye edior patut bangkitkan. Jadi renungkan lah...
Assalamualaikum wbt... dan Byeee............................. ^^v