Click here for Myspace Layouts

Monday, 12 August 2013

TeBiaT PeNiAGa

     Assalamualaikum wbt...... selamat sejahtera dan salam sayang dari editor, hope semua sihat di hari raya ke-6 nie, ramai gak yang buat rumah terbuka en. Pergi beraya lah, pergi bercuti lah, dan ada yang pergi tengok wayang..hehehehe... biasa lah tu en.. nie yang luar biasa bagi editor adalah perangai para peniaga online, lagi sekali mention erk PENIAGA ONLINE nie, tak semua peniaga online nie perangai sama, ada yang sabar dan ada yang x sabar. Sebagai pelanggan kena waspada apa yang mereka jual, peniaga2 nie mana ada nak bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku kepada pelanggan mereka.

        Sebagai peniaga online nie kita harus sabar, editor tau anda mungkin ada kerja utama yang lain tetapi kepuasan pelanggan harus di ambil kira, okay let say editor nak beli fat burner dari peniaga nie, editor mestilah tanya, cara penggunaan, bahan dalam ubat tu, ada side effect ke atau tak, kalau ada side effect apa symptom2 die, kalau x workout nak kene ambil ke x? itu semua pengguna harus tau... kot2 bila dah beli ada bahan terlarang lah, sakit kulit lah, allergy plak, sakit buah pinggang lah, hati kecut ke, otot x besa ke, x putih gebu ke walhal dah 3 bulan ambil en.. ADA PENIAGA NIE NAK BERTANGGUNGJAWAB? janji jualan dia laris. Macam nie buat marketing? tak de manusia 1st time nak guna pil2 kecantikan nie terus beli dari online. kalau yang terus beli tu mungkin dia dah lama guna produk tu dan dia rasa berkesan dan satu lagi kalau dia memang yakin dengan produk tu.

    Peniaga di online sekarang cepat melenting, baru tanya beberapa soalan dah naik meradang, mcam nak x nak je jual produk tu, nak cari serius buyer konon padahal produk same je dengan orang lain, bukan nak mengadu tapi ubah lah, kita sama manusia bukan robot. Kalau MARKETING bagus cara LAYAN pelanggan pun excellent insyaAllah perniagaan makin maju sebab orang lain selesa dengan kita dan dia percaya dengan peniaga nie. Eh rilex semua peniaga, kalau orang lain tanya jawab lah elok2 bukan macam nak marah, memang cara awak macam tu tapi cuba ubah cara penulisan dan cara cakap dengan pelanggan, nie pelanggan mesej kata nak produk macam mana nk bayar, produk tu smpai bile kepada kita, peniaga x balas mesej, yela gymmers gymmer gak, takkan tak pegang phone, menipu giler.

    Tolong lah peniaga2 di luar, duit dan jualan bukan ukuran kemajuan peniagaan anda, anda yang tentukan business anda jadi hope lepas nie jangan nak melenting x tentu pasal, pastu post kat facebook tentang perangai pelanggan, pelanggan cuma bertanya, dosa ke? salah ke? bukan suruh peniaga bayar pun jawapan tu, x buang masa lah balas soalan orang. Jawab je.

   Dah lah, maybe sampai sini jela, please... alert to all business man and woman serta supplier... ubah sikit, behavior kepada pelanggan, dia yang memajukan penigaan anda, tanpa pelanggan mungkin peniagaan anda merosot...so try to think about it..

 Assalamualaikum wbt.. dan salam satu malaysia, take care...

Sunday, 11 August 2013

MoMent RaYa AidilLFitrI 2013

    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca, hope semua sihat belaka, dah lama rasanya tak post entry baru, ha entry kali nie moment raya 2013 yang aku lalui, dari raya pertama hingga raya ke 3.jeng...jeng..jeng... hahaha....

   Raya kali nie aku raya dekat Nilai, Negeri Sembilan. di rumah arwah nenek aku, semua dalam rumah itu hanya tinggal kenangan, rasa mcam baru semalam arwah nenek aku tinggalkan kami sekeluarga, keluarga kali besar, keluarga sebelah ibu nie ada 5 orang adik beradik yang tinggal, sebenarnya ada 8 adik beradik, tetapi yang dah meninggal 3 orang, jadi tinggal 5 orang... hehe, xpa, xyah sedeyh na.... sedekahkan Al-fatihah je. Okay, aku balik kampung malam raya dengan ayah aku je, ibu aku ngan adik aku dah berangkat awal pagi subuh lagi, al maklum la, x keje dah, yang aku keje sampai pukul 5.. keje kerajaan kne ade komitmen skit, kalau x, x leh naik pangkat..hehe... Malam tu jugak kami dengan sepupu2 lain nak buat kek, 2 jenis kek, bile check bahan ade byk yang x cukup.... kene plak pergi Tesco Nilai p beli barang.. beli punya beli, kol 10 baru sampai rumah, buat cepat tapi siapnye lmbt jugak sebab oven lambat pickup r.. ceh macam kete lak.. aku buat 2 jenis kek iaitu kek american coklat dengan kek pelangi di aidilfitri, hamboi dah mcm lagu raya dah.. korang nak tau smpai pukul bape siap buat? pukul 3 pagi beb, 3 pagi.. bangun kol 6 nak solat subuh pastu bangun balik kol 7 nak solat raya lak... bapak mengantuk, tima orang duk denga khutbah aku duk tidoq depan dia..hahaha....  p leh buat..

       Simple je pakaian pagi raya aku, Kurta dan seluar slack.. tu je.. dan aktiviti bergambar dan bersalaman pastu g kubur p melawat kubur ahli keluarga yang dah takdaq...


















this is my huge family, hahhaha..... ini belah ibu aku, tak termAsuk belah ayah aku, belah ayah aku ramai yang takde, so x pat ambil gambar.. pastu belah perak plak ade yang ade, ade yang xde, nie belah perak adalah belah ayah aku or belah atuk aku..











 ha nie adik aku, kat atas tu sume sepupu aku, ah sweetnye, sepupu baru aku yang bergambar ramai2 tu... meriahkan sebenarnya keluarga belah atuk aku, atuk dan wan aku smpai belah ke kedah sna, tapi kitorang dah tak larat nak pergi ke kedah... jauh lah plak...

 sooo nie smpai raya ke 3, Raya pertama di Nilai pastu raya kedua di Sri Menanti dan seterusnya di Perak, perak di Tambun dan Batu Kurau..okay smpai sini jela entry kali ini, nak p beraya rumah kawan2 dulu... hehehe.. k bye.. Assalamualaikum wbt...