rekaan atas nie adalah rekaan dari Zegna collection 2012, bulan ini merupakan musim panas bg negare barat, so diorg menggunakan warna terang se akan musim luruh tapi dengan padanan jaket leather berwarna coklat muda dan kuning tanah. ini lg menampakkn kesegaran dalam koleksi mereka. tetapi rekaan begini biasa di lihat oleh jenama lain.
warna dikekalkan kali ini, sut rona kuning tanah di padankan dengan kemeja rona biru kelasi serta padanan kasut kulit, lagi menyerlahkan impak si pemakai. gaya seperti ini boleh di gayakan di pejabat atau hal kerja dan jadikan suit itu dalam majlis smart casual.
rona colat muda di jadikan baju sintetik yg anjal lagi jarang, si pemakai yg berbadan sasa boleh menggayakan coleksi ini tanpa rasa segan ketika menghadiri sesuatu majlis petang dan bersiar2. iringan bag berona coklat tua lagi menampakan si pemakai seorg yg berfesyen tinggi dan bijak dalam pemakaian baju.
VS
koleksi dari Gucci, rona hitam di ketengahkn kali ini, jaket ala military west dan padanan seluar slit fit dan kasut kulit lagi menggambarkan impak si pemakai lebih matang dan tegas dlm sesuatu perkara, walaupun tanpa beg atau iPad casing, keseluruhan baju lagi menampakan elegance dlm koleksi mereka. badan yg bertubuh gempal, elakkn memakai.
gaya seperti pemuda yg berkedudukan tinggi, poket penuh dengan wang dan pelbagai aset yg di beli. sesuai bg seorg manager yg dtg ke pejabat, kot berbulu sesuai dlm musim sejuk, tetapi kali ini, texture dan rekaan memainkan peranan penting dalam satu gaya yg cuba mereka ketengahkan. padanan beg dr kain kanvas yg bercorak lagi menampakan gaya seorg hartawan muda.
gaya kali ini di padankan dengan jaket bertengkuk bulu di ataskan lagi menampakan gaya mewah dan chic, seluar slim fit cut dan boot paras bwh lutut yg berkulit texture nya lg menampakkan si pemakai bijak dan bergaya dalam apa jua keadaan dan situasi, mereka bijak dalam menyusunan dan penyesuaian dalam sesuatu rekaan.
ok oleh itu rekaan mereka boleh di terima di persada dunia, kadang kala pembaca mesti tertanya tanya mengapa harga begitu mhl melambung, kerana ini mereka bukan menjual baju tetapi menjual jenama, kos pemasaran contoh iklan, dan jenis kain yg di import dan di export serta kos pembuatan itu juga di ambil kira. maka denga itu nasihat saya adalah jika barang itu semurah harga pasar malam, jika pembawaan itu betul dan bergaya serta si pemakai berkeyakinan memakai ia, satu gaya si pemakai akan di label sebagai "barang berjenama".
ok itu saja yg ingin di kongsi bersama, jumpa lagi maybe masa yg lama kot.. hahaha..
byeeeee...
asalamualaikum wbt.............
No comments:
Post a Comment