Click here for Myspace Layouts

Thursday, 15 November 2012

Biography and Biodata

Assalamualaikum wbt.....

  Harap semua pembaca sihat sejahtera pada pagi jumaat yang indah dan tak berhujan ini. Hari nie aku rase nak jadi normal dan nak menceritekan kisah dan hidup aku sebagai manusia yang biase. Mungkin anda juge telah laluinya... aku just nak share ape yang aku rase semase dan selame aku hidup..

  Aku MOHD FIRDAUS BIN ZAINOLABIDIN di lahirkan di klinik Rekha, Seremban, Negeri Sembilan. Di besarkan di Kuala Pilah, Nilai dan Seremban, negeri ibunda sendiri, tempat tumpahnya darah. Aku di jaga oleh Ibu aku hingga umur 4 atau 5 agaknya, dan di jaga oleh wan aku, dari situlah aku tau macam mana nak teruskan hidup dengan kawasan kampung dan penuh belukar. hhiisshhh penuh dengan serangge yang men-jelikkan. Wan aku mencurahkan kasih sayang bagaimana Ibu aku bagi. SAME je.. hahaha.... okay, aku umor 6 taun aku masuk tadika, ketika tu wan aku dah duduk ngan famili aku kat seremban sebab dekat kampung xde orang sebelah2 tu.. takut bukan binatang tapi orang ber-binatang datang. ceehhh.... Waktu aku nak masuk tadika ak start menangis sbb aku tak pernah tinggalkan Wan aku ngan famili buat seketika. Memang la tadika tak lame, tapi aku takut cikgu marah2 aku time tu. Setiap kali aku nak pergi tadika je ak nangis, semua budak tengok aku, sbb aku paling lambat dan p[aling mengade. Dulu aku sekolah tadika cine, cakap bahasa cine.

   Sudah tamat tadika,aku melonjak ke tahun 1,mean darjah satu, waktu darjah satu aku masuk Sekolah rendah Sri Mawar, macam2 peristiwa berlaku ketika darjah satu, aku ingat lagi time darjah satu bas sekolah dah tinggalkan aku, aku tnye ngan kawan aku yang satu bas ngan aku "wei bas tu dtg lagi x?" kawan aku bantai tipu aku hidup2 "die x datang lagi, nie aku ikut mak aku, mak aku jemput" so aku decide nak jalan kaki je sampai ke rumah, memang jauh dari sekolah aku ke rumah aku di taman seremban jaya, first time kene keja anjing, pertama kali gak lintas dan seberang jalan besa yang ade lori tu, di bawah matahari terik yang lagi panas tu. seyez time tu mmg azab giler.

   So sebelum masuk ke darjah 2, sepupu aku dari lumut datang berpindah, die sebaye ngan aku, lelaki, bfday aku dekat, aku 14/6, die 13/6 time die lahir 12 malam dan aku lahir 12.05 malam.. 5 minit selepas die lahir aku p0n keluar melihat dunia. Kitorang masuk sekolah rendah sesame di Taman Tasik Jaya.Waktu sekolah nie lagi azab,aku ingat masuk sini dengan sepupu boleh la tlg sepupu aku backup dan rupanya die lagi kondem aku teruk2, waktu darjah 2 ade kawan aku,aku ingat lagi nama die, Fadzli, budaknye kasar, memang macam muke pecah rumah la katekan, die yang ula ejek aku lembut, first time aku denga perkataan P0NDAN dan BAP0K dari mulut die yang serba serbi macam longkang, time tu la aku benci die, tiap kali aku nak bertumbuk ngan die, die ejek aku cam tu sebab aku suke main ngan buddak permpuan, bergaul p0n ngan perempuan je, aku tekad nak bertumbuk ngan die, tapi ade satu kawan aku nie, lelaki aku ingat lagi name die, KHAIRUL budaknye hensem, muke bersih die la yang tlg aku time dak2 nakal nak belasah aku. Tapi dunia mula berubah dan aku berubah, carik pasal x tentu hale, pukul budak sane sini. Dari situ aku mule la penat nak buat kasar ngan orang, aku jadi seperti dlu kala, dan aku jumpa seorang kawan yang mule2nye aku musuh die, suke gad0h ngan die tapi akhirnya die jadi kawan aku yang memahami aku, ANWAR namenye. Waktu aku darjah 4 tak silap aku la, aku jumpe best friend pertama aku, HAKIMI, sampai sekarang aku still contact die. Aku ingat lagi aku kene rotan kat tangan ngan cikgu sains, lelaki, die ajar x la garang mane, tapi sampai pekse tak lulus tu la sampai die jadi hantu tu.
budak2 yang same sekolah yang aku ingat ialah HAKIMI, WANI, ARIFAH, KHAIRUL, FADZLI, ANWAR, DAFIKA, IQBAL, HAKIM, RAJ. itu je aku ingat? damnnn.... sorry guys yang lain.. but i missssssss yyyooouuuuu so muchhhh.....

       Masuk tingkatan 1 azab mula redha tapi sampai pertengahan bale, celake, sumpahan sume datang menyerang aku. Aku time tu telah di nobatkan sebagai budak paling bangang dalam ahli keluarga aku, Sepupu yang same ngan aku tu tak di nafikan memang pandai. Seyez aku memang jatuh giler denga sume orang memperkecilkan aku, Ibu aku sendiri p0n asyik sindir anak sendiri, anak kandung, sedeyh tak terperi. ceehhh macam cite zaman dahulu kala la pulak. aku ingat lagi aku mula dapat kawan baik aku time sekolah menengah yang sampai masuk Universiti. They are the best.... MIROL DAN SYAFIQ ketika sekolah menengan perangai aku mula berubah sebab aku mula berkawan dengan lelaki tapi still ade unsur obor2... Ramai cikgu yang menyokong aku waktu di sekolah menengah, masuk bersajak la, berpantun la, berdrama je lebeyh. cikgu yang aku still ingat is CIKGU SIAW, CIKGU NGO, CIKGU HARIZAN he isthe best teacher i seen, USTAZAH NORIZAN, CIKGU ROHANI, CIKGU SARIMAH, CIKGU ADHA, CIKGU FLORINA absolutely from portugal, CIKGU UMATHEVI, USTAZAH AFIFAH, CIKGU AIN, CIKGU NORISMAWATI, CIKGU RUZANA cikgu paling cun, tapi bile marah hhhmmmmm, ya Allah, nightmare aku.. CIKGU BAHASA INGGERIS hahaha... lupelak name nye, its okay aku still cam muke cikgu2 aku. Sewaktu aku di tingkatan 4 ngan 5 aku mule sedar badan aku sememangnya bulat sebulat nangke yang di balut rapi, aku xde konfiden nak terukan idop, tapi lepastu aku dah x kesah tentang berat badan aku, kesah pulak aku. hehehe.... Form five aku mule struggle, itu pun dekat nak akhir2 ,dekat2 nak exam br bt latih tubi, that a lot to all teachers... love u so mucchhhh.... akhirnya aku dapat la 4 A, itu je aku dpt, haha syukur la, dan ahli keluarga aku yang menobatkan aku sebagai budak gagal juga terdiam, tak tau nak cakap ape2 last2 alih keanak sendiri gagal, thanks a lot for their mulut yang seangkatan lonkang plus parit.

   Then sementara tunggu keputusan aku keje dan terus cari pengalaman yang tak dapat di mane2, aku keje sementare di Parkson, kedai makan makcik aku.. dan aku duduk rumah selepas aku dapat result tu, then aku p0n teruskan melangkah di Universiti tempatan UiTM, yes UiTM if u cakap U nie cikai, Im so sorry, u not born here, so boleh blah... Sesudah masuk UiTM dunia kampus, aku mula belajar berdikari sepenuhnya menggunakan kaki tangan yang ade, kwan2 yang supportive habes. Aku pun mule berubah menjadi penuh sopan dan santun. tapi bile aku bukak mate hati dan akal aku, aku mule sedar ramai yang memijak atas kepale aku, aku mule berubah dan terus berubah hingga mulut diorang senyap.;; sampailah sekarang aku menjadi AKU.


itu jelah, hahahahahaha...... aku nak masak jap, masak itu perlu sbb nak makan. lap0.. hahahaha.... k..
  Assalamualaikum....^^

No comments:

Post a Comment