Click here for Myspace Layouts

Monday, 30 December 2013

A.Z.A.M 2014 (new)

      Assalamualaikum wbt.... hope semua pembaca sihat selalu dan tersedia ada di muka laptop masing2 (takde kne mngene pon).hehe... Memandangkan esok tahun baru elok kita pasang niat awal2 supaya nanti taklah monyok nak buat sesuatu yang ingin di capai. Pada awal muharam lagi aku dah pasang azam tahun 2014 ni, so aku nak abadikan azam aku di blog yang dah lame bersawang-sawang nie.

  AZAM#1# shape-kan lagi badan aku, bagi otot2 sume naik dan pejal. Maksud aku xde lemak yg geleber, semua nak pejal, baru sedap mata memandang.




  AZAM#2# aku nak buat sesuatu kerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh (ayat cam dak tadika).

  AZAM#3# cut makanan aku, diet tu penting bagi menjaga makan, workout mcm nak mampus tapi makanan tak jaga pun x guna, useless lah gak. Ambil sayur, protin dan carbo skit.. wwuuuhhuuuu baru best.(=___=) *apeyangbestpuntaktahu#
jgn tiru bulat2 camnie.. not good..




  AZAM#4# lebih berfikiran terbuka dalam menerima pendapat orang dan dalam pergaulan aku.

  AZAM#5# aku nak melancong 2 tempat dalam tahun 2014 ni, insya Allah.. dalam perancangan nak pergi Tioman dan Pangkor seorang diri sahaja, nak mengembara sesorang, mcm mana lah aku kalau sesorang pergi.. kalau hilang sape nak carik aku?hehehe...

  AZAM#6# kumpul duit nak melancong ke korea, ke korea tu maybe dalam 5 tahun lagi kut.. hehe.. lame lagi nak ke korea, so kumpul duit dulu dari sekarang.

  AZAM#7# pentingkan grooming, from top to toe, kuku tangan kene selalu jaga dan potong. Rambut yang pertama sekali kne ambil tahu.

   AZAM#8# jimatkan pembelian baju dan kasut. Takleh nak boros beli baju dan kasut cam biase.huhuhu^^ aku sebenarnye hantu kasut..


   AZAM#9# nak lengkap kan waktu solat aku yang kadang-kadang berlubang. T.T insyaAllah dekat kan diri kepada Allah yang Maha Esa.

  AZAM#10# jangan tidur slepas subuh, habit kalau cuti lepas subuh tidur balik. adeehhh mne tak rezeki nak masuk.


Ini lah 10 azam tahun baru aku di tahun 2014 ini, harap semua aku impikan aku mencapai dengan senang hati. xde kene mengene orang lai, yang hidup atau pun yang mati... hehee... korang semua dah cipta Azam baru, kalau ade cepat2 tanam dan semat di dalam hati supaya nanti tumbuh dengan subur dan mekar (ape ayat aku ni? @__@) tah pape tah...


ok sampai sini je aku nak share AZAM baru aku hehe.. hope semua jaga diri baik-baik dan makan makanan yang sihat... haha.. byeeeeee semuaaaaa Assalamualaikum....

Sunday, 22 December 2013

MaKaAnAn

   Assalamualaikum wbt semua pembaca, harap semua sihat selalu, hari isnin yang takde keje ni(bagi aku mmg xde keje) huhuhu aku nak kongsikan apa makanan yang aku rasa menyakitkan hati.. of coz korang kate aku pelik, nope, aku normal je, cuma aku rasa ada something food make me angry. Ya aku tau semua makanan sedap belaka, especially kat malaysia nie, what we want to eat just buy in a restaurant..

 first makanan yang menyakitkan hati aku ialah bila maknan tu di bencanakan, maksudnya lauk tu dah okay dah complete with all taste n wee keep in fridge if have a balance, then pagi esok bile di panaskan balik kita memanaskan 2 atau 3 lauk sekali gus, maklumlah expert... dan kita gunakan satu sahaja sudu untuk memanaskan lauk (yeah aku tau kite guna api untuk panaskan lauk, kuali dan lain2) sudu untuk mengacau, kita ade lauk A, lauk B dan lauk C, kita guna sudu yang sama untuk mengacau lauk A,B dan C.. dan rasa kesemua lauk menjadi haru biru, disaster rase die.. ini lah masalahnya... hahahaha...

  second is makanan yang tak di basuh bahan mentahnya. kalau kita pergi kedai mamak or what restaurant lah en, kita lihat mee kuning die tak basuh, tak taulah basuh ke tak, pastu kalau kite beli nasik goreng atau mee goreng dekat kantin sayur sawi die pahit, kelat nak mampus, ini bermakna sayur tu tak basuh dengan sempurna. makanan ini yang menyakitkan hati aku kadang2.

  third is air yang masih ada baki gula di dasar cawan tu, sangat annoying.. aku akan tolak ke tepi air tu. mana taknya, nak dajjal aku ke ape, gula kasar kalau tertelan tak terbatuk kau?! ha tersekat dekat tekak, tak selesa giler..

    itujelah kot rasanya, makanan yang paling aku tak suka nak menikmati.. aku akan menikmati maknan kalau aku rasa lapa dan streesss... waktu streesss aku xkn makan banyak tapi aku akan makan perlahan sambil memikirkan masalah yang aku hadapi dan cariklah idea dalam makanan tu.hahahahha... giler scary aku ni kn.. okay saje nak penuhkan entry kali ni, bosan kat rumah ape lagi menaiplah nak siapkan novel sulung aku ni, insyallahh.. t kalau dah siap aku ulaskan sedikit tentang novel aku tu..hehehe... bye... Assalamualaikum wbt...

Monday, 9 December 2013

uLaR 2013

     

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca, harap semua sihat sejahtera dan selamat petang.... hahaha... petang lah sgt kan, di sini saya sihat juga seperti kalian dan sedang mencari kerja (eh org tak tanyelah kau tgh carik keje ke, mencangkung ke pe ke) hahahha... do i care... Okay nevermind, maybe tadi aku rasa terlambat update tentang movie di panggung berdekatan tapi aku nak komen sedikit dan bagi huraian tentang filem yang baru aku tonton tgh hari tadi di JJ Seremban 2. Bukan apa, tajuk dan cover page bagi cerita ni agak menarik tetapi bila di tonton hhhhhmmmmmm..... Bagaikan rasa tertipu. bukan apa bagi aku cerita ni macam sains zoology dan kefahaman tentang habitat kaum kerabat ular. 

   Siapa yang takut dengan ular bukan di takutkan ular ye, mean fobia dengan ular. Aku tak rasa aku fobia dengan ular sebab bila aku jumpa ular pertama sekali aku akan jauhkan diri sedikit, check apa spisis ular tu, berbisa ke tak, jenis yang mematuk ke tak, dan cara pergerakan ular. Dalam cerita ni tak ada langsung tentang habitat ular nie, just terangkan je. Malah karakter dalam cerita nie sgt lemah, yeah i know Lisa Surihani dan Yusry KRU but watak yang di mainkan terlalu lemah dan watak yang lain juga tak kuat bagai pasak yang di tanam 5 inci je. BTW aku bukan nak cerita tentang sinopsis ke pe, tetapi pembawaan cerita ini, yelah senang nak kritik tetapi dia tak ke ambil pendapat orang lain macam mana nak jadikan cerita nie lebih sedap dan menarik di mata penontons (ada 's' ye sbb banyak)..hahahhaha...

      Dalam cerita ini dia tak menceritakan tentang habitat ular di mana,dan kenapa ular tu dah telan orang tapi di muntahkan balik, tiba2 scene yang mencemaskan waktu tu lah ada ular melambak-lambak, berapa hari ular tu untuk menghabiskan makanan yang akan di hadam, struktur ular tu, dan grafik ular tu memang nampak tak real, kenapa ular besar anjing boleh muat dalam lubang tandas, kenapa ular yang di dalam pagar elektrik yg di lihat oleh lisa surihani tiba2 boleh hilang camtu je? tak logik langsung, dan satu persoalan lagi kenapa olar sawa ada taring walaupun ular sawa tiada bisa. Banyak gila persoalannya yang menjadi aku tak puas hati bila aku tonton, yang membuatkan aku puas hati adalah lokasi penggambaran, tetapi bila watak dan story line kelam kabut itu yang menjadikan cerita tu totally fail.... Im sorry, kalau aku tak puas hati mmg macam2 aku soalkan... 

    Dari 5 markah aku bagi 1.5 markah je. not satisfied... Sorry beb siapa yang minat cerita nie hentikanlah.. Siapa yang bercadang nak pergi tonton filem nie, think for a several times... buat apa duduk 1-2 jam tapi tak puas hati... kecewa.... okay done for today.. hope enjoy with ur holiday by watching movie... daAa.... Bye... dan Assalamualaikum.... ^^

Friday, 22 November 2013

NiKMaT

       Assalamualaikum wbt kalian, ce wah.. kalian kn, x leh blah ayat aku.. okay hopefully semua sihat sejahtera... ffuuuhhh baru ku sedar blog ku smakin bersawang di laman sesawang ini... Well aku juga nak minta maaf coz dah lame giler menghilang walaupun title ku masih lagi penganggur. No job suit for me. Just suri rumah tangga sepenuh masa.. Okay back to our main title hari ni, NIKMAT.. yeah well done, aku tak bagi tau lagi korang dah describe panjang lebar about NIKMAT... Betul, nikmat ini satu kepuasan yang di dorong dengan nafsu, again NAFSU. Nafsu nak kira ala2 jahat gak lah suke hasut pastu bile kita dah puas baru kita nak rasa menyesal. Cis tak guna jugak nak menyesal, buat sedap tapi rsultnye kene tanggung.. macam aku gak lah, nampak makanan sedap je, semua kedai jual bende sedap especially ayam..  tapi bila dah makan, dah kenyang hhhmmm... perut pun naik, muka semakin tembam dan membulat then baru aku tahu erti penyesalan.. After that i cut everything called FOOD. That is a dangerous killer.

    Yeah kita tak larang orang nak makan, kita takut orang lain ambil makanan mcam nie :

okay tema aku salah, nie mat saleh mmg suke makan deep fry, kita pun sama sebenarnya ada juga makan. Tapi mostly rata-rata rakyat malaysia suka makan apa pada waktu pagi? ha tau pun korang.. roti canai, nasi goreng, nugget, lontong, dan paling suka di ambil adalah nasi lemak. Nasi lemak boleh membuatkan kita mengantuk.. Kita boleh ambil kesemua makanan yang kita nak makan TETAPI dengan KADAR SEDIKIT saja, cukup alas perut dan cukup untuk MERASA. Bukan melantak macam orang TAMAK. 

  Please, after take this type of food make sure give space to ur self for exercise, do cardio routine walaupun 30 minutes.. Paling kurang pun orang malaysia tak akan lakukan senaman, mereka akan ambil masa hujung minggu untuk bersenam, are you sure its relevant to throw out what your had ate? Nak makan boleh tapi jangan jadi hamba makanan. Beli makanan tak kisah, tak berkira duit berhabis, tapi kalau pergi gym duit baru keluar RM5 dah kecoh macam beli sebijik banglo. 

   Memang lah makan nie nikmat, satu ibadah tapi Rasulallah tak ajar makan selepas kenyang. 'BERHENTI SEBELUM KENYANG' ada lah. Nak makan berpada-pada, takkan Allah tarik nikmat kalau kita tahu rasa bersyukur, okay nak bandingkan orang gemuk yang obes asyik makan dan tak kira what he eat dan orang gemuk yang sedar dia obes dan cut makan dan cuba bersenam walaupun nampak clown sgt. siapa yang Allah akan tarik nikmat dia dulu, confirm2 kalau ikut logik akal adalah orang yang pertama kan? nikmat makan sentiasa ada cuma ialah kita manusia yang nak memuaskan nafsu je tapi cuba cut.. aku risau sekarang nie ada manusia yang bila di tegur cara makan mengamuk2 , bila tegur sikit cara makan dia dah kita pulak yang kena talbiah balik, sekurang-kurangnya kita tak nak dia hilang nikmat makan dulu dari kita. Cuba korang banyangkan nasik sepinggan, ayam goreng 2 ketul, pastu kuah confirm2 kuah kari atau sambal yang ada santan dan minyak yang banyak. Air nak air manis je. Nak air Teh tarik sejuk je.. Aku seyez takut giler tengok orang macam tu, tapi kalau nasi segenggam, ayam 2-3 ketul, sayur 1/2 pinggan, minum air suam. Ini aku tak hairan sangat. Nasi kita kena kurangkan ambil sebab nasi lah menyebabkan kita obes dan gemuk. Tapi disebabkan nasi dah jadi rutin makanan kita jadi kita tak boleh skip makan nasi, so apa boleh buat makan nasi dengan sedikit (segenggam). Petua Kevin Zahri lanie aku ikut..hahaha.. seyez.. berjaya... one more thing air suam kene ambil dengan banyak. Nak tahu air banyak tu berapa or macam mana, kita tengok urine kita, kalau clear jernih takde kuning2 or kotor2 itu maknanya anda cukup air dalam badan, kalau kuning or kotor that mean air tak cukup lagi..

  Semua yang kita buat adalah ibadah dan ada nikmat di sebalik ibadah kita buat.. Kita sebagai manusia ada fikiran waras lagi so fikirlah masa depan dan pemakanan anda.. Aku tengok budak remaja zaman sekarang dah pandai jaga badan, semua nak kasi lean, otot sana sini.. good job... Aku bangga, tapi apa yang merisaukan aku ialah remaja sezaman aku... batch aku lah kiranya... Ya sapa yang mengenali aku dahulu mmg aku seorang yang bulat, tinggi dan berbadan besar.. tapi bila dah berjinak-jinak dengan gym i feel better walaupun orang lain nampak sama tapi this is my life i know what had change it. 

  sooo guys please kalau anda seorang yang obes tolong ubah makanan. Nasihat orang yang sekeliling is important.. kalau tak nak ikut buat research sendiri tentang badan kamu, badan manusia lain2 jenis. hehehe... Okaylah bye korang hope jaga kesihatan semua. Asslamualaikum wbt..^^

Tuesday, 5 November 2013

AwAL MuHarAM

  Assalamualaikum wbt... hope semua pembaca sihat, well edisi novel pertama editor belum keluar, banyak nak kene touch up lagi, nk kene close up lagi, nak kene perah idea lagi dan banyak lagi nak kene buat, ingtkan setakat menulis je jalan cerita, tapi bila mencenderungkan dalam dunia penulisan seperti rekaan cerita novel mmg susah, gampang susah.... Rasa macam nak give up tapi dah ade 3 novel kan sekarang dalam proses tak boleh nak give up cmtu je...  Alhamdulillah sekarang editor dah berjaya fixkan badan editor, hit the gym little more and done, but this is not last, this just beginning... hahahha.....

  Apa-apa pun selamat menyambut Awal Muharam kepada semua umat islam di dunia, moga dosa anda di ampuni Allah SWT.. Semoga Awat Tahun dalam kalender islam menjadi pencetus diri anda untuk terus maju ke hadapan dan niat yang baru serta matlamat yang baru.. Berusaha supaya maju dan terus maju ke hadapan insyaAllah....








Friday, 1 November 2013

SeNtENg

  Assalamualaikum wbt...  hai kepada semua pembaca2 sekali harap sihat yerk di malam hari ini, esok dah depavali. Dengan kesempatan ini editor nak ucapkan HAPPY DEPAVALI kepada semua rakyat yang berbangsa india, hope enjoy dan lagi mendapat kekayaan... samalah kita..hahahaha.....  Okay back to my title, SENTENG!! sebenarnya editor nak memperkenalkan tradisi seluar senteng, alah seluar senteng mmg senang di gayakan oleh para remaja sekarang, yes biasanya kita boleh lihat street fesyen di malaysia mahupun antarabangsa.

    Seluar ini ukuran bukan slimfit tapi aku cutting kaki juga, tidak terlalu ketat dan sendat di kaki.... biasa pelbagai rona dan corak. Bukan sahaja seluar slack boleh di jadikan seluar senteng malah seluar berfabrik denim juga boleh.. hanya melipatkan sahaja bahagian hujung seluar kaki hingga atas paras buku lali...
warna untuk seluar biasanya pemakai akan memakai warna terang dan basik spt warna bumi (coklat), navy blue, black green... 

 Kebiasaanya juga seluar senteng hanya di sarung oleh warga metropolitan kerana mereka jenis saltorial person, ke hulu ke hilir dengan beg tote or sling bag... ohsem... Cutting untuk seluar senteng, hujung seluar harus atas buku lali dan tiada lipatan lain... Kalau kita selenseng(lipat) hujung seluar nanti orang kampung kate kite baru lepas pergi kawasan banjir, ade rata2 tu boleh kata kita baru balik dari bendang sawah?/? sabar jelah... persepsi orang x pernah berubah dan sukar untuk di ubah...







Kalau kita tengok di mall2 besar nie ade j budak2 umur 15 hingga 20 an dah mula memakai seluar senteng, stylish gila, mereka akan menyarungkan kemeja hingga butang di bahagian kolar pastu pakai seluar senteng pastu pakai kasut loafer, boat or anything there can feel the powers.. ahahahhaa.... Nampak x ia dah jadi satu fenomena di kalangan remaja sekarang.. ohsem kan? tapi bila dah ramai sgt pakai cmtu, mean satu geng budak laki pakai macam tu dah salah anggap dah mereka yang memandang, maybe akan di cop "gay" or "klon Kpop" alah nak tiru Kpop tapi muke itam, ceh tak baik tol mulut cam nie... at least dia x selekeh.... 

     Dont worry guys, pakai je apa yang anda rasa pakaian anda mendapat power dan yang anda harus bangga is orang lain akan memandang dan menjadi awak sebagai inspirasi dirinya.. believe me.... hahahha.... ok guys.. take a right cut. Assalamualaikum... byee dan selamat malam..







Tuesday, 29 October 2013

Roberto Cavalli menswear spring summer 2014

   Asalamualaikum wbt.. Alhamdulillah bertemu kita dalam entry kali ini, so kali ini apa yang editor janji kn , editor excited sangat nak describe pasal koleksi kali ini...

  Roberto Cavalli kali ini amat mementingkan perincian dan lipatan baju tersebut. Kalau anda semua tonton di youtube mmg tak ada runaway untuk menswear, untul ladies ade... sbb mereka buat promo je.. mmg gempak... Roberto Cavalli from Milan, yeah exactly awesome siluet... okay cakap banyak pun x guna gak...  jom kita tengok koleksi ini.. :


nampak tak from top to toe di jaga rapi, shoes di olah semula.. editor suka bahagian pinggang, fit dan ngam dengan badan model. warna juga di mainkan dengan sempurna, warna natural...

jaket pvc ini amat sempurna dengan detail yang di beri sentuhan, kulit mix pvc supaya tampak lebih cool dan guys di luar sana memang idamkan jaket begini.

suit begini kalau di teliti betul2 mmg ada texture dan structure pada suit tersebut. Mereka pandai memainkan fabrik untuk suit yang nampak lebih elegance..

Back to basic dude, rona putih di mainkan bagi nampak lebih bersih dan kemas. tapi apa yang cuba di ketengahkan adalah siluet dan fabrik pakaian. ohsem..

Jika di perhatikan betul-betul mmg ada detail pada jaket kulit itu, cuba lihat kolar bagi kemeja putih itu di butangkan sehingga atas, nampak geek tapi dengan adanya jaket tersebut nampak lebih klasik dan cool mean lebih dekat lagi is Jantan.hahaha...

See mereka cuba memasukkan lagi detail kepada kemeja hitam itu sebab suit hitam dah basic, no detail no structure, just texture.. nampak lebih klasik dan seolah2 macam anak di raja pula..

Printed shirt, ohsem... supaya nampak lebih elegance dan klasik from Italy. Tidak menyarungkan kasut, just a sandal... cool bebeh..

Ini memang back to classic. Original European. Tuksedo dan bow tie... Ladies and Gentlemen..

I really love this suit, texture dan structure yang cuba di ketengahkan memang tampak menjadi. lebih feminin dan elegance... seolah-2 di kasino pula... james bond 007..hahaha

This is pretty awesome.. suit and shirt is a same pattern.. all siluet was cool... its pretty mush incredible.. 

Kalau anda semua nak tengok lebih lanjut di youtube nie editor share-kan sikit..


Monday, 28 October 2013

DiKala kEtIKa CuTI berTerUsaN.

         Assalamualaikum wbt... hai semua pembaca harap semua sihat selalu dengan kehendakNya, jaga kesihatan ye.... hahaha... Sorry sesangat koz x update sejak kebelakangan nie sbb lack of idea what to write and yelah name je duduk rumah aka penanam anggur tegar.. hahaha.. nowadays bayak editor memerhati surround of my life, what life meaning... i meaning it, when i work at somehow i see many people's behave... Sebelum ini editor ada kerja sambilan di stesen minyak berdekatan, well kerja is okay not bad, tapi yang memeningkan kepala is people yang berhampiran dengan kita termasuk customer juga... mereka customer x faham apa masalah yang kita hadapi sebenarnya...

     Kali ni, editor rasa ada eloknya kita bincang pasal fesyen , lifestyle and food... it such a wonderful life... hahaha.... sekarang ni editor berhenti kerja dan jaga budak2 nak SPM.. so mmg senang lenang di rumah... goyang kaki besarkan otot, yes get a hit a gym for a moment....  Sekarang juga editor rasa dah ketagih dengan gym... rasa macam nak pergi 1 minggu tu 7 kali lah, tapi our body need to rest, editor take 2 days for rest my muscle... makan seriously under control.... turun 4 kilos, its amazing but still worry cause my body system ease to gain and loss.... seriously shit!!* hehehe lol....


    Sampai sekaranmg pon editor x tau what meaning of "LoL"... macam2 ayat budak sekolah wujud... dulu time zaman sekolah menengah wujud ayat, poyo, blah, kencing(tipu), bongek, what else?hahahha.... i think lah kan, LOL tu stand for 'Lu Olang(orang) Lembab' its true readers? hahahhaa.... what the myth..

    Zaman sekarang pun ramai yang mati di bunuh tak kurang pun kena tembak, dalam kereta pulak tu, paling sadis baru-baru ini kes kena tembak di bank, what the hell? is you desperate wanna money? pergi cari kerja halal lah... rasanya harga nyawa manusia mmg dah tiada nilai.. Tapi Allah dah beri takdir kita macam tu nak buat macam mana kan... Dah ajal dah sampai... Editor mmg kurang tengok berita sebab editor rasa nak memahami berita is complicated tambah2 lagi dengar pembaca tu bercakap... bbboooorrriiinnnnngggg!!!!!!!!... hahahaha... well paham je ape diorang cakap..

   Fesyen? well sekarang nie editor tengah intai2 koleksi Dian Pelangi. Yes, baru-baru ini Dian Pelangi ada buat show di Jakarta Fashion Week.. awesome.... All koleksi was perfect,.... Gaya yang cuba di ketengahkan adalah ala-ala Paris gitu..hahha... Christion Siriano juga tak nak kalah, great... kalau menswear punya designer editor akan intai Gucci of cause.. Etro, Dolce and Gabanna, Givency, Versace, Velentino, Daks, dan banyak lagi editor tengok dari youtube, nanti editor describe sikit2 ye... Tapi readers ada tengok tak Kuala Lumpur Fashion Week 2013 yang menampilkan pereka terhebat di Malaysia... Mostly yang menarik minat editor is Farah Khan dan Tom Abang Saufi, diorang punya koleksi was awesome and nice... very talented... hahahah....

eh letih lah pulak nak menaip..hahahha... sorry guys nanti lain entry i update yg baru ttg fashion and food also health life style... okay guys don't be sad babe.... okay harap semua sihat belaka dan jaga kesihatan diri... bye see you next entry... Assalamualaikum wbt....

Sunday, 29 September 2013

KUD 2013

  Assalamualaikum wbt all readers, harap2 semua sihat dan ceria di hari isnin nie, ha aku nak tanye skit, sape yg dah pergi KUD 2013 si presint 2, Putrajaya? angkat hidong... okay x nampak.. hahaha.. hari sabtu lepas, aku pergi KUD di putrajaya, see nmpak x dah 3 hari aku peram idea nk tulis, tapi gambo skit je hambek hari tu.. Okay nk describe skit ttg KUD kali ini, for the 1st time i was goes (sedeyh rakyat mlysia yg 1st time g KUD) okay mmg aku expect KUD kali nie was huge place and width area, so mmg nyata benar semua jangkaan aku, smpai nenek aku x larat lg dah lah nk berjalan, aku dah melecet dah kaki, but aku gagah kn jugak diri untuk menghabiskn expedisi mencari apa yang aku nak, dan tujuan aku ke sini just nk cuci mate je.. ade yg jd taste aku(nmpk mnakutkan).... hahahhaa





  Kemudahan di KUD ni amat sesuai tapi kureng selese, ttg jamban mudah alih tu, jamban tu cuma ade air utk bersihkan mngkuk tandas tu je, nk cuci lain dah x boleh, WTF, i dah terkena, mmg tamparan hebat bagi org melyu yg sentiasa hygiene... hohoho.... btw i kluar dari toilet dan cari paip air utk cuci tangan... DAMN.. apelah org nie..
 








   Di KUD nie, aku rase same dengan expo2 yg lain, alah yg ade is fast food, kain tudung, dress pompuan, telekung, kesenian, frozen food, kerepek2, dan yang biase kite lihat, but satu je yg boleh aku cenderung utk beli is pastry booth, i love cakes... aku beli red velvet, chocolate, marie cake, and carrot cakes.... ahaks, name je gymmers tapi cheat day mcm hari2 dah.. hahahaha.....



 Habis je semua booth aku pergi, booth A, B, C, D dan E... aku jumpe sherry, artis perempuan teduhan kasih kat tv3 tu... she very beautiful, tall, dan kurus... putih plak tu.. hahaha... pape je... aku pergi solat di Masjid Putra, waktu tu, ramai pengunjung warga asing, warga korea, hong kong, middleast country, european.. i very proud, mereka melihat seni bina masjid putra, awesome kan? ade sorang mamat korea nie aku tengok, mula2 nampak macam orang melayu, badan lean tapi bila aku tengok dari depan, masyaAllah, sempurna ciptaan Allah, tak tau macam mana nk describe ketampanan dia.. nak kate handsome mcm nabi yusuf, nabi yusuf lagi handsome, separuh kecantikan dunia milik baginda...








   Ada je wanita yang cantik tapi kecantikan dia tak ada yang menjentik hati yang menyatakan dia yang paling ayu dan cantik.. pppfffttt.....

 then balik tu, pergi cari makanan nak makan, lapo, akhirnya singgah di R&R dengkil, nampak x betapa jauhnya pergi nak mkn... hahahaha.... okaylah


Lastly, sorry kalau ade info yg x berguna, just suke2 and enjoy, hope semua yg ade di sane jage diri baik2 dan no stress in urlife... bye and Assalamualaimu wbt.. and good evening.... byeeee....

Wednesday, 18 September 2013

taK TaU

     Assalamualaikum wbt.... tak tau lah (tetibe en).. entah lah,tak tau lah.. betul cakap orang2 tua, kadang2 hidup nie seperti roda, kejap kite kat atas kejap dekat bawah. Itulah putaran hidup sesorg... kita hanya merancang segala kehidupan kita, tapi hanya Allah sahaja yang boleh tentukan kehidupan kita, itulah setan asyik nk menyesatkan kita.. hidup nie rasa palat, pahit kene telan jugak.. pale aku pun dah bercelaru. Hati tak tenteram, rasa serba salah...


                keji di sisi tuhan, rasa hampir dengan neraka dan mati.
mana letaknya kesabaran, selalu di tengking, di maki, tak ada satu sen pun nilai kemanusiaan.
                  tuhan je kita berharap nk mintak redhanya. satu keajaiban bila hati tenang dan tenteram dari segala masalah
        asyik nk berdengki dan iri hati. kecewa dgn diri sendiri. tak selalu muhasabah diri. selalu menyalahkan orang lain, tak memandang tuhan sebagai saksi.



             hidup tergantung dan ayat pun tergantung. bahwa aku nie rasa hidup palat tapi bila terluah rasa semangat dtg kembali. doa ku seiring dengan harapan.

   kbai. Assalamualaikum wbt....

Sunday, 15 September 2013

HaNTu PuNYa CeRiTaA

Assalamualaikum  wbt.... Alhamdulillah syukran kita kembali lagi kn sudah lama tak ber-update entry baru di Blog kesayangan ni. maklum lah editor tgh mencari laluan hala tuju hidup editor sendiri. Kerja atau Belajar. pastilah kedua-dua pun sama hebatnya penting bagi seorang pelajar. Tapi seringkali editor ada soalan untuk kawan2 editor sewaktu di kampus. waktu bosan2 duk dlm bilik, pasti ade je soalan yg nk di utarakan. soalan editor yg paling senang "banyak movie seram kn, movie ape yg seram dan best bagi kaw?"  roomate ditor mesti berkerut dahi tgk editor bertanyakan soalan cenggitu... roomate editor cakap "entah lah semua citer hantu seram, citer bunuh2, citer rogo sampai mati, excident moto bas, semua lah yg berkaitan mati dan hantu seram bagi aku", mcm tu sekali erk. Bagi editor cerita yang berkait rapat dengan benda halus nie mmg menyeramkan. tapi ada je yg x menyeramkan tetapi best bagi editor... nak tau ape movie tu.?

   PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2....

yes cerita nie totally best bagi editor sebab Suhaimi baba (ceh mcm pnggil nme adik aku je en.)... sorry.... beliau nie cuba mengetengahkan budaya dari segi tarian, pakaian, bahasa, dan adat. seyez mmg best, editor x takut pon yang hantu nie menjelma time tgh mengeliat ke, time sorok balik lampu ke, dalam selimut ke, sergah orang time mandi ke tapi psiko hantu nie yg buat editor rasa cemas dan mendebarkan. Yelah cerita dan salasilah pontianak sering di kaitrkan dengan wanita cantik, berkebaya dan ber-apa lagilah,mcm janda melaram lah pulak..hahaha.... dalam PHSM2 nie mmg byk menceritakan budaya tarian kuda kepang, hantu tu terbang yg real, panjat pokok tinggi2 lah, menangis tu mmg rasa seriau kalau duk tgk tv sorg2 dlm gelap. lagi satu tentang irama klasik pon mmg ngam dengan rentak dan jiwa cerita ni..



   WARIS JARI HANTU
ha cerita nie mmg byk yg tak logiknya orang kata, tapi bila editor cek balik, cari cerita2 orang lama di kampung aku di Negeri Sembilan, Kuala Pilah, memang ada, dan bende tu wujud dgn izin Allah SWT... Cerita nie jugak mengisahkan tentang waris yg ingin di turunkan oleh neneknuya ke warisnya, tetapi waris dia lelaki, waris tu kene turun ke cucu atau anak perempuan kalau di ikutkan adat org N9 lah, tapi dalam cerita nie gak dia nak sesiape je orang terdekat,janji perempuan tapi dah termasuk dalam badan Rusdi Ramli, salah jantina harimau tu masuk.. cerite nie juga mengetengahkan adat dan budaya.. memang best.... walaupun orang kate bende nie dah takde, bende nie merepek, tapi bagi editor bende nie menarik sebb budaya dan adat. kalau ikut sumber yg editor dapat dari atok2, wan2(nenek) di kampung editor, saka atau waris begini untuk tujuan berubat atau untuk kesihatan, bukan tujuan santau menyantau, rosak merosak..... bende yang baik pasti Allah bg jalan dan permudahkan, tapi bukan berhubung dengan syaitan atau iblis. salah tu.




Ha, ini adalah cerita seram atau hantu paling best dan menarik yang editor pernah tonton. Terbaiklah... sume arahan dari Suhaimi Baba ... hehehe.... gud job, cm nie lah gaya dan lenggok film negara yang boleh di ketengahkn oleh anak jati malaya ke persada antarabangsa selain fesyen dan nyanyian....
   Kadang kala editor rasa bangga dengan apa yang ada di amalaysia, bila para pengarah atau penerbit nak buat sesuatu yg baru dalam industri filem tanah air mula mulut  orang tak puas hati bukak, come on guys, orang luar negara dah mula buat tentang tsunami, 2012 tentang kiamat, finale destination, si-fiction, magician like harry potter, percy jackson dan mcm2 lagi, tapi kita boleh buat yg lebih baik dan new idea kn? x pernah filem tanah air kita ke persada antarabangsa. KRU production? lagi boleh memberansangkan filem tempatan sebab grafik dan visual yang best dan gempak. kartun tempatan yang maju? hhmmmm Upin dan Ipin. see.. kita boleh menilai sendiri perfileman tanah air kita... Penonton kene open, minda terbukak sikit, orang buat filem kite tgk je, kalau x bagus baru kritik, ini tak tgk lg, baru tgk trailer dah kritik panjang lebar kate tak sesuai kt mlysia lah, kurafatlah, syirik lah... kalau mcm tu baik makcik duduk dalam gua tgk org sabung ayam.... pelik mereka begini...

 Okay gengs, hope semua jaga diri masing2, ingat walaupun lme movie nie di cipta tapi nilainya masih lagi ketara hingga hari ini... harap semua support industri tanah air kita... byeee.......