Yeah kita tak larang orang nak makan, kita takut orang lain ambil makanan mcam nie :
okay tema aku salah, nie mat saleh mmg suke makan deep fry, kita pun sama sebenarnya ada juga makan. Tapi mostly rata-rata rakyat malaysia suka makan apa pada waktu pagi? ha tau pun korang.. roti canai, nasi goreng, nugget, lontong, dan paling suka di ambil adalah nasi lemak. Nasi lemak boleh membuatkan kita mengantuk.. Kita boleh ambil kesemua makanan yang kita nak makan TETAPI dengan KADAR SEDIKIT saja, cukup alas perut dan cukup untuk MERASA. Bukan melantak macam orang TAMAK.
Please, after take this type of food make sure give space to ur self for exercise, do cardio routine walaupun 30 minutes.. Paling kurang pun orang malaysia tak akan lakukan senaman, mereka akan ambil masa hujung minggu untuk bersenam, are you sure its relevant to throw out what your had ate? Nak makan boleh tapi jangan jadi hamba makanan. Beli makanan tak kisah, tak berkira duit berhabis, tapi kalau pergi gym duit baru keluar RM5 dah kecoh macam beli sebijik banglo.
Memang lah makan nie nikmat, satu ibadah tapi Rasulallah tak ajar makan selepas kenyang. 'BERHENTI SEBELUM KENYANG' ada lah. Nak makan berpada-pada, takkan Allah tarik nikmat kalau kita tahu rasa bersyukur, okay nak bandingkan orang gemuk yang obes asyik makan dan tak kira what he eat dan orang gemuk yang sedar dia obes dan cut makan dan cuba bersenam walaupun nampak clown sgt. siapa yang Allah akan tarik nikmat dia dulu, confirm2 kalau ikut logik akal adalah orang yang pertama kan? nikmat makan sentiasa ada cuma ialah kita manusia yang nak memuaskan nafsu je tapi cuba cut.. aku risau sekarang nie ada manusia yang bila di tegur cara makan mengamuk2 , bila tegur sikit cara makan dia dah kita pulak yang kena talbiah balik, sekurang-kurangnya kita tak nak dia hilang nikmat makan dulu dari kita. Cuba korang banyangkan nasik sepinggan, ayam goreng 2 ketul, pastu kuah confirm2 kuah kari atau sambal yang ada santan dan minyak yang banyak. Air nak air manis je. Nak air Teh tarik sejuk je.. Aku seyez takut giler tengok orang macam tu, tapi kalau nasi segenggam, ayam 2-3 ketul, sayur 1/2 pinggan, minum air suam. Ini aku tak hairan sangat. Nasi kita kena kurangkan ambil sebab nasi lah menyebabkan kita obes dan gemuk. Tapi disebabkan nasi dah jadi rutin makanan kita jadi kita tak boleh skip makan nasi, so apa boleh buat makan nasi dengan sedikit (segenggam). Petua Kevin Zahri lanie aku ikut..hahaha.. seyez.. berjaya... one more thing air suam kene ambil dengan banyak. Nak tahu air banyak tu berapa or macam mana, kita tengok urine kita, kalau clear jernih takde kuning2 or kotor2 itu maknanya anda cukup air dalam badan, kalau kuning or kotor that mean air tak cukup lagi..
Semua yang kita buat adalah ibadah dan ada nikmat di sebalik ibadah kita buat.. Kita sebagai manusia ada fikiran waras lagi so fikirlah masa depan dan pemakanan anda.. Aku tengok budak remaja zaman sekarang dah pandai jaga badan, semua nak kasi lean, otot sana sini.. good job... Aku bangga, tapi apa yang merisaukan aku ialah remaja sezaman aku... batch aku lah kiranya... Ya sapa yang mengenali aku dahulu mmg aku seorang yang bulat, tinggi dan berbadan besar.. tapi bila dah berjinak-jinak dengan gym i feel better walaupun orang lain nampak sama tapi this is my life i know what had change it.
sooo guys please kalau anda seorang yang obes tolong ubah makanan. Nasihat orang yang sekeliling is important.. kalau tak nak ikut buat research sendiri tentang badan kamu, badan manusia lain2 jenis. hehehe... Okaylah bye korang hope jaga kesihatan semua. Asslamualaikum wbt..^^
No comments:
Post a Comment