Pada 19/1/2014 famili aku bercuti di Sabah, kami tiba di KK (kota kinabalu), ya Allah kk betul-betul tepi pantai, bezz bila bayu tersentuh di pipi (cewahhh)...hahha... naik flight kol 7 pagi, kepale hangguk gaknya tapi dah tiket time tu murah nak wat cmne, hehhe.... Setibanya di KK kami decide nak pergi ke Jamilah jewellery dlu, yelah mak cik-mak cik aku nie semua suka shopping, lagi2 barang kemas dan mutiara ni... diorang mmg excited tapi aku cuba search surrounding and adapted environment di situ.. ternyata memang dia mengalu-alukan kunjungan pelancong dari semenanjung dan dari luar negara. Tak heranlah kenapa mereka terlalu ramah. yang menjadi keterujaan aku ialah kanak-kanak terbiar ni meminta sedekah, walaupun aku tak bagi (ha nampak x aku bakhil sbnrnye)... kanak-kanak ni dari filipina, mereka berhijrah ke KK untuk mencari kehidupan tetapi lain yang di cari, meminta tanpa usaha. So selepas aku search and development kami pon pergi ke Restoran Melaka, ha nampak x permainan Melaka? dia arahkan buka restoran di Sabah, hahaha.... makanan di Restoran Melaka memang sedap. Berbaloi walaupun mahal belaka. Selepas makan kami pergi pula ke Pasar Filipina, membeli belah apa yang patut, dengan bajunya, key chain-nye, makanan laut kering dah lah balik tu satu van bau sotong kering... selepas tu kami pergi ke koko butik dan kedai kopi.. okay mcm lah korang tak tau dalm koko butik dan kopi ada ape, tapi yang paling best is kedai kopi. Then semua decide nak pergi Tanjung Aru just see keadaan laut, alah mcm PD jugak.. pastu barulah kita check in apartment di Marina Court.... phewww penat aku berceloteh...
Van kami sewa dngan agency sekali dengan pemandu sekali, RM800 for 3 days... awesome right? duit habis dah...hahahhaa...
di Jamilah Jewellery...
kedai kopi, berbagai jenis kopi dan kesemuanya sedap kecuali sugar free tiramisu.
nie ketika di butik koko..
sempat lagi kot posing ngan patung hulu sebelah ni..
di tanjung aru... cuma melihat pemandangan saja.
my famili, di bulatan todak, waktu dinner.. ooo ye our driver and tour guide yang depan ni, tengah pegang cawan... he is a good person, crazy mind like youth but he is 27, ok lah kira muda juga...hahaha... aaa i miss him too...
licinnnnn... homboi...
Pada 20/1/2014 kami bercadang ingin ke arah ke kundasang, ranau dan poring walaupun hari hujan ia tidak mematahkan semangat kami untuk kesana. sebelum ke sana kami singgah ke rumah terbalik, yelah orang semenanjungkan jakun skit, ade je bende pelik mesti nak tgk, nasib baik RM10 je masuk, no picture inside the house.. lepas je visit rumah terbalik kami pon berangkat ke kundasang, alah nak ke Pekan Nabalu, Kinabalu Park, Pekan Ranau dan Poring Hot Spring. sepanjang perjalanan memang best dan awesome jika sebagai pelancong.. yeahhh memang best...... Di pekan Nabalu sekali lagi kami bershopping di sana, aku pun ape lagi rembatlah apa yang xde di semenanjung, murah gila, kita boleh tawar menawar dengan harga yang rendah. di Poring Hot Spring kami ke Canopy walk sbb taman rama-rama tutup pulak isnin tu..hahha.... best juga. di canopy walk tu pon x leh nak ambil gambar. ceh marketing kaw2 punye cmni.. dan balik tu kami pun singgah makan malam di Restoran Nelayan, hambek kau sekali makan dekat nak RM300, x mampu mak... di restoran nelayan tu setiap malam dari jam 8 malam ada persembahan budaya, tarian asli Negeri Sabah. Sangat enjoy...
guest what my mom think this lil girl was from korea but after captured a picture this girl actually from Malaysia..hahahaha... what a hilarious moment..
okay sini kinabalu park, FYI kalau kesini kena bawa sweater cause time aku pergi hujan so kabus menyelubungi kawasan tersebut so aktiviti yang boleh buat disini beri makan kepada tupai, beli kacang RM2.00 di bwh dan beri makan kepada tupai, mmg comel..hahaha...
tak silap ini kawasan ranau, apa yang istimewanya di sini ialah kawasan permuhan di belakang tu betul2 berada di lereng bukit.. hah awesome x...
ketika di restoran nelayan, nilah aktiviti aku sbb x puas hati diorang ni xde hadiah tuk aku lepas letupkan belon tu... sdeyhhh
walau apa-apa pun pengembaraan kami berakhir pada 21/1/2014 jam 9.00 pagi sebab flight jam 11.45 pagi. semua kenangan manis dan pahit di Negeri Di Bawah Bayu terpahat di hati menjadi 1001 kenangan yang tersemat di hati. InsyaAllah jika di panjangkan umur dan di murahkan rzki akan aku jejak lagi kaki di sini.
Aku suka orang di sini, cantik2, kacak2, comel2 dan apa2 jelah..hahaha... ha ni lah aku nak share skit pengalaman aku di sana, kalau ada apa2 pertanyaan sila komen di ruang komen.. hahah.. nanti aku jawabkan.. so chow.... Assalamualaikum dan bye.. jaga diri semua...
No comments:
Post a Comment